|
|
|
|
PENGENALAN
Pasar Kraftangan Kota Kinabalu atau pun lebih dikenali sebagai Pasar
Filipina di kalangan penduduk dan pelancong adalah merupakan satu tempat
yang cukup terkenal di Bandaraya Kota Kinabalu. Ia terletak di Jalan
Tun Fuad Stephen bertentangan dengan Kompleks Sinsuran.
|
|
Terdapat beraneka jenis kraftangan dijual di sini. Selain cenderamata
dan kraftangan tempatan seperti rantai kunci, T-shirt dan juga ukiran
kayu, terdapat juga kraftangan daripada negara-negara Asia yang lain.
Sarung batik, tikar rotan, ukiran khat, kerongsang dan juga mutiara
boleh ditemui di pasar ini.
Selain Hari Raya Aidilfitri dan Hari Raya Haji, pasar ini dibuka setiap
hari dari pukul 8.00 pagi hingga 8.00 malam. Untuk ke tempat ini, anda
boleh menggunakan perkhidmatan teksi dengan bayaran RM7 dari mana-mana
tempat di bandaraya atau pun berjalan kaki beberapa minit daripada terminal
bas bandaraya yang terletak tidak jauh dari sini. Sebelum anda ke halaman
seterusnya, sila luangkan sedikit masa mengisi buku
pelawat laman ini.
|
| |