Free Web Hosting by Netfirms
Web Hosting by Netfirms | Free Domain Names by Netfirms

Free Web Hosting by Netfirms
Web Hosting by Netfirms | Free Domain Names by Netfirms

Sabah Tourism Board
Hari ini  
Free Web Hosting by Netfirms
Web Hosting by Netfirms | Free Domain Names by Netfirms

 

 SEJARAH

Pasar kraftangan ini sebenarnya dimulakan sekitar awal tahun 70-an ketika era pemerintahan BERJAYA. Pada ketika itu, ia terletak di kawasan Kampung Air di Kota Kinabalu. Kemudian pada tahun 1978, pasar ini telah dipindahkan ke belakang bangunan Bank Negara di mana jika anda lihat pada hari ini merupakan tapak pembinaan tinggal yang terletak di antara Kompleks Sinsuran dan Plaza KK. Pasar ini dipindahkan lagi pada awal 80-an, kali ini ke bangunan UNHCR yang satu ketika dulu merupakan penempatan sementara untuk pelarian Filipina yang melarikan diri ke Sabah sewaktu berlakunya perang di selatan Filipina pada tahun 70-an.

Selepas daripada itu, pasar ini tidak pernah dipindahkan lagi dan tetap di situ sehingga sekarang. Di awal kewujudannya, kebanyakan produk yang dijual adalah hasil kraftangan daripada negara jiran seperti Filipina dan Indonesia. Kemudian, dari semasa ke semasa, kraftangan tempatan dan juga beberapa negara lain telah mula dijual oleh peniaga-peniaga di sini.

Pasar ini dikenali dengan beberapa nama sebenarnya. Selain nama Pasar Kraftangan, ia juga dikenali sebagai Pasar Filipina atau Pasar UNHCR di kalangan penduduk tempatan. Pada hari ini, pasar ini telah menjadi kawasan yang amat popular di bandaraya Kota Kinabalu di kalangan pelancong tempatan dan juga asing dengan menawarkan pelbagai kraftangan daripada hasil ukiran, anyaman, T-shirt, mutiara dan banyak lagi.